Header Ads

Pengguguran Siti Hasmah Bakal Beri Kemenangan Besar Pada Najib, Kata Tun M

Foto: Malaysiakini

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir keputusan pengguguran isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai penaung kepada Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia, dengan menganggap keputusan itu bakal memberi kelebihan kepada kerajaan BN.

Kata Pengerusi Pakatan Harapan itu, dengan pengguguran Siti Hasmah, kerajaan BN dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan berjaya mengekalkan kerajaan dalam PRU14 nanti.

"Saya percaya pengugurannya (Hasmah) akan beri kemenangan yang besar pada Najib dalam PRU14.


Loading...

"Kerana Hasmah adalah orang yang cukup penting dalam politik Malaysia, sehingga jadi penaung mana-mana pertubuhan begitu berkesan dalam mempengaruhi keputusan rakyat dalam PRU akan datang," katanya sinis yang dipetik menerusi Live Facebook Dr Mahathir Mohamad.

Tun Siti Hasmah yang sekian lama menjadi penaung kepada persatuan itu akhirnya digugurkan daripada jawatan itu.

Difahamkan Hasmah menerima makluman pengguguran itu menerusi sepucuk surat yang dihantar ke pejabat beliau pada 22 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, "Keputusan itu akan memberi kelegaan kepada Najib".

"Saya percaya Najib boleh tidur nyenyak kerana melakukan sesuatu yang amat penting," katanya.



- Sinar Harian

No comments

Loading...