Header Ads

Pemuda Harapan Akan Hantar Jemputan Kepada PM Untuk Berdebat Bersama Calon PM Pakatan Harapan


PETALING JAYA - Pemuda Pakatan Harapan akan mengemukakan satu jemputan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat bersama calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, jemputan itu akan dihantar kepada perdana menteri pada minggu ini dan sekiranya diterima, ia akan diadakan pada bila-bila masa daripada sekarang.

“Kita percaya rakyat mahu melihat apakah dasar-dasar yang ditawarkan oleh BN dan juga Pakatan Harapan serta bagaimana kita dapat membandingkan kedua-dua dasar ini.

“Ia adalah perdebatan melibatkan  seorang perdana menteri yang sedang berkhidmat dengan seorang calon perdana menteri bagi pihak pembangkang yang utama di negara ini,”katanya dalam satu sidang media, hari ini.


Loading...

Menurutnya, sejajar Malaysia dikenali sebagai sebuah negara mengamalkan demokrasi terbaik dunia seperti yang diumumkan Najib, program seperti ini sepatutnya diadakan sebagaimana di negara demokrasi lain, seperti Amerika, Britain dan sebagainya.

“Oleh sebab itu kami sangat berharap tawaran ini diterima, dan kita minta agar ia disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM),”katanya.

Mengulas isu keselamatan, Ketua Penerangan Pemuda Pakatan Harapan, Ulya Husamudin berkata, pengalaman daripada program Nothing to Hide banyak membantu mereka untuk memperbaiki keadaan.

“Saya kira dah tak ada masalah kerana kita pun dan belajar daripada apa yang berlaku selepas apa yang terjadi, dan disebabkan kejadian seperti itu kami lebih bersedia,”katanya.

Pada 13 Ogos tahun lalu, Program Nothing To Hide 2.0 yang sepatutnya mempertemukan Mahathir dan Najib adalam satu pentas tidak menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak kelihatan.

Lebih menyedihkan, tercetus pula kekecohan apabila beberapa hadirin yang berada di dalam dewan itu membaling kerusi serta membakar suar.

Ia berlaku ketika Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu sedang menjawab soalan salah seorang hadirin.

Sumber: Sinar Harian

No comments

Loading...