Header Ads

Loading...

Pemilihan Tun M Sebagai Calon Perdana Menteri Adalah Tepat - Nurul Izzah


MARANG - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan keputusan menamakan Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri adalah satu keputusan tepat.

Malah kebencian ditunjukkan BN terhadap keputusan kepimpinan barisan pembangkang itu menjadi petanda Harapan kini berada di landasan yang betul dalam menghadapi PRU14, lapor Sinar Harian.

“Jika Barisan Nasional memperlekehkan sesuatu maksudnya ada benar kita buat keputusan itu. Jadi saya rasa jika dipuji itu ada masalah....jadi apabila dia (BN) mengecam (keputusan) kita, is a right track,” katanya.


Loading...

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan Marang di Kampung Padang Leban petang tadi yang turut dihadiri pemimpin tertinggi pakatan itu di Terengganu, petang tadi.

Sebelum ini, Harapan bersetuju menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU14.

Pakatan pembangkang itu juga turut bersetuju menamakan  Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri dalam satu sidang media di Shah Alam minggu lalu.

Nurul Izzah berkata, pakatan pembangkang hanya akan mengecam BN jika parti itu menganiaya rakyat namun BN melakukan sebaliknya terhadap kepimpinan Harapan.

“Selama ini, pakatan pembangkang tetap memuji BN jika mereka membuat dasar baik kepada rakyat dan (hanya) dasar yang buruk (terhadap rakyat) serta rasuah sahaja kita kecam,” katanya.

No comments

Loading...