Header Ads

Pembahagian Kerusi Harapan Di Sarawak Selesai Sepenuhnya, Kata Mat Sabu


KUALA LUMPUR - Pembahagian kerusi Parlimen Sarawak dalam Pakatan Harapan yang menggabungkan Bersatu, DAP, Amanah dan PKR bagi menghadapi PRU14 telah selesai sepenuhnya, kata Presiden Amanah yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Mohamad Sabu.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata setakat ini, proses pembahagian kerusi di Sabah masih lagi dalam peringkat rundingan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan jumlah pengagihan kerusi yang diperuntukkan bagi setiap parti terlibat.


Loading...

Majlis Presiden pakatan itu dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pembahagian kerusi-kerusi tersebut sebelum pilihan raya umum berlangsung.

Pada pilihan raya umum ke-13 DAP menang lima daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak iaitu di Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu manakala PKR menang di Miri.

Pilihan raya umum yang lepas juga menyaksikan pembangkang menang tiga daripada 25 kerusi di Sabah, dengan DAP menguasai kerusi Kota Kinabalu dan Sandakan manakala PKR di Penampang.

Konvensyen Pakatan Harapan pada 7 Jan lalu mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen untuk ditandingi parti komponen itu di Semenanjung Malaysia telah selesai, dengan PPBM akan bertanding 52 kerusi, PKR (51), DAP (35) dan Amanah (27). Keseluruhannya 165 kerusi. - Bernama

No comments

Loading...