Header Ads

Pelakon Bergelar Datuk Tampar Polis Positif Ganja


PETALING JAYA - Pelakon dan pengarah lelaki bergelar Datuk yang ditahan selepas menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, tengah hari tadi, disahkan positif dadah.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

“Ujian air kencing yang dijalankan terhadap pelakon berkenaan didapati positif dadah jenis ganja.


Loading...

“Esok, pelakon itu akan dibawa ke mahkamah untuk dapatkan reman,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Difahamkan, dia juga turut menendang dua orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

No comments

Loading...