Header Ads

Loading...

PAS Bimbang Ramai Ahli Keluar Sertai PAN

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Foto: Malay Mail

SHAH ALAM: Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Abbas Azmi berkata, kepimpinan PAS semakin bimbang dengan kesetiaan ahlinya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Berikutan itu, beliau berkata, kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAN adalah parti 'nyamuk' yang tidak memberi sebarang ancaman, dilihat sebagai langkah untuk menafikan penghijrahan ahli PAS menyertai PAN.

"Memang begitu sifat dia (Abdul Hadi) suka menggelarkan orang lain seperti haiwan. PAN adalah parti nyamuk?

"Dia jangan lupakan sejarah Islam bahawa Raja Namrud mati disebabkan nyamuk. Begitu juga dengan katil hospital yang penuh disebabkan ramai pesakit denggi.


Loading...

"Nasihat saya janganlah pandang remeh kepada haiwan yang kecil kerana kadang-kadang ia lebih berbisa," katanya kepada BH Online di sini, hari ini.

Abbas berkata, beliau tidak pelik dengan kenyataan mengaitkan PAN dengan nyamuk, kerana Abdul Hadi terkenal dengan sikap sering mengeluarkan kenyataan secara membuta-tuli.

"Dia perlu lebih berhati-hati serta bersikap matang apabila mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya.

Semalam, Abdul Hadi ketika merasmikan jentera pilihan raya PAS Selangor berkata, parti itu berhasrat untuk membentuk kerajaan sendiri atau menyertai pembentukan kerajaan baharu selepas PRU-14.

Beliau sifatkan Selangor antara negeri utama untuk PAS menang besar pada PRU-14, sekali gus menafikan kemenangan PAN yang dianggap Abdul Hadi sebagai parti 'nyamuk'.
- Berita Harian

No comments

Loading...