Header Ads

Loading...

Pakatan Harapan Kini, Dihadapan Pas, BN


SHAH ALAM - PKR mendakwa Pakatan Harapan (Harapan) kini sudah berada di hadapan BN atau Pas daripada segi menyelesaikan isu-isu rumit seperti kepimpinan dan kerusi.

Ketua Penerangannya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, perkara ini berdasarkan kejayaan Konvensyen Harapan tempoh hari, yang berjaya mengumumkan pengagihan kerusi di kalangan parti-parti komponen Harapan, lapor Sinar Harian.

"Ia melibatkan 165 kerusi telah berjaya diagihkan dan dengan jelas memberi isyarat Harapan telah bersiap siaga untuk menghadapi dan memenangi PRU14," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harapan awal Januari lalu, dalam Konvensyennya telah mengumumkan pengagihan kerusi kawasan Parlimen Semenanjung bagi parti komponen dalam gabungan tersebut.


Loading...

Sebanyak 52 kerusi diagihkan menjadi milik Bersatu, sekaligus menjadikan parti itu sebagai pemegang majoriti kerusi.

PKR pula akan bertanding di 51 kerusi pada PRU14 akan datang.

Manakala DAP dan Amanah masing-masing mendapat 35 dan 27 kerusi.

Keseluruhan kerusi yang diagihkan di kawasan Parlimen bagi Semenanjung adalah 165 kerusi.

Jelasnya, tawaran atau janji Harapan maka beliau yakin rakyat juga akan memberi sokongan kukuh lalu membawa kepada tumbangnya BN.

"Sementara BN makin terdesak dan akan terpampang kepincangannya, Harapan akan terus menginspirasi harapan dan berbicara negara dengan rakyat," katanya lagi.

No comments

Loading...
loading...