Header Ads

Pakatan Harapan Bakal Pulihkan Nilai Ringgit


PENDANG - Pakatan Harapan akan berusaha untuk memulihkan nilai ringgit sekiranya menang dalam PRU 14 nanti bagi memastikan rakyat dapat mengecapi kesenangan hidup.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Mohamad Sabu berkata, nilai ringgit yang jatuh menyebabkan rakyat hidup terbeban.


Loading...

"Sudahla nilai duit kita jatuh teruk, kos barang dan keperluan hidup pula meningkat," katanya ketika berucap di ceramah perdana pakatan harapan di Kampung Bukit Jambul, Pendang malam tadi.

Katanya, kehebatan Presiden Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohammad memberi keyakinan yang tinggi nilai ringgit bakal berjaya dinaikkan.

"Insya-ALLAH, rakyat hanya perlu membuat pilihan yang bijak dan kami sebagai pemimpin pakatan harapan akan sentiasa berusaha keras mengembalikan nikmat kesenangan yang pernah dirasai sebelum ini," katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...