Header Ads

Pakatan Harapan Adalah Pakatan Wayang


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan sebagai sebuah pertubuhan yang sah tidak wujud sebaliknya ia hanyalah sebuah pakatan wayang yang menyaksikan pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan empat parti pembangkang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, ini kerana pakatan wayang itu dipimpin oleh beberapa pemimpin pembangkang terdiri daripada Ahli Parlimen berpakat dengan Dr. Mahathir yang bukannya Ahli Parlimen.

Justeru itu katanya, dapat dilihat bahawa kewujudan pakatan wayang ini adalah berniat untuk mengelirukan rakyat semata-mata.


Loading...

“Pembangkang sekarang merupakan mereka yang sama yang mahukan Dr. Mahathir ditukar ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Sekarang mereka ini jugalah yang mahukan Dr. Mahathir kembali ke tampuk pemerintahan. Adakah mereka fikir orang ramai akan begitu mudah mempercayai mereka?,” katanya menerusi blog beliau semalam.

Menurut Salleh Said, pada masa ini wujud persepsi bahawa Dr. Mahathir mahu menggunakan pembangkang untuk meletakkan anaknya Datuk Seri Mukhriz kembali ke landasan politik.

Manakala, katanya di pihak pembangkang yang diketuai oleh DAP pula mahu Dr. Mahathir memberikan mereka undi Melayu.

“Malah, Mukhriz sendiri mengakui adalah menjadi perkara biasa untuk beliau bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

“Jadi tidak ada Pakatan Harapan sebenarnya. Ia adalah lebih kepada pakatan wayang untuk mengelirukan rakyat tentang niat sebenar mereka,”katanya.
- Utusan Online

No comments

Loading...