Header Ads

Pakatan Harapan Ada 'Giant Killer'

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Md Nor

PASIR PUTEH - BN tidak boleh medabik dada dengan kerusi Parlimen yang dikatakan selamat kepada mereka kerana Pakatan Harapan (Harapan) memiliki 'giant killer' dalam PRU14 nanti.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, di Kelantan, calon PH boleh membuat kejutan merampas kerusi Parlimen daripada BN termasuk Jeli dan Gua Musang, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, mood rakat hari ini adalah menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebabkan BN tidak boleh yakin dapat mempertahankan kerusi yang disandang.

"Betul Tok Pa banyak berjasa di Jeli tetapi rakyat yang tidak mahu melihat penguasaan BN terpaksa menolaknya, saya lihat perkara ini akan berlaku," katanya ketika menziarahi penduduk di sini, hari ini.


Loading...

Kamaruddin berkata, beliau yakin sebahagian besar daripada 52 calon Bersatu untuk kerusi Parlimen di semenanjung Malaysia akan menang.

"Sasaran kita ini adalah logik, kita tidak mahu bertanding 100 kerusi tetapi yang boleh menang hanya 20, kita tidak mahu terlalu kecil peratusan menangnya," katanya.

Tambahnya, secara asasnya pemilihan kerusi Parlimen untu Harapan bergantung kepada situasi pengundi setempat.

"Bersatu akan bertanding di kawasan yang disandang BN, Amanah bertanding di kawasan Pas, PKR di kawasan pengundi bercampur dan DAP di kawasan bukan Melayu.

"Itu asasnya tetapi ia boleh berubah hasil perbincangan dalam Harapan, apa yang penting kita menang di setiap kerusi yang kita bertanding," katanya.

Beliau berkata, untuk pembahagian kerusi Dun, Harapan masih dalam perbincangan dan belum masanya untuk didedahkan kepada umum.

"Saya rasa perkara pembahagian kerusi ini tidak akan menimbulkan banyak masalah, kita berbincang untuk mencari jalan terbaik.

"Kita bukan bercakap bersar tapi hasil kajian yang kita buat memberi petanda bahawa Harapan berjaya meraih undi rakyat yang tidak sabar untuk melihat perubahan besar berlaku," katanya.

No comments

Loading...