Header Ads

Loading...

'Orang Muda Berpeluang Punyai Peluang Untuk Masa Depan, Jika Punya Kerajaan Yang Prihatin' - Tun M


SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) akan sentiasa mengalu-alukan peranan golongan orang muda dalam usaha membangunkan negara.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, namun penglibatan golongan yang lebih berusia dan berpengalaman tidak diketepikan kerana diperlukan untuk memudahkan matlamat itu tercapai.

“Kita ingin menggunakan tenaga muda sebanyak mungkin dan kita mempunyai kepercayaan kepada mereka yang biasanya mempunyai idealisme. Mereka bikin sesuatu yang cukup cantik dan elok untuk membuatkan negara aman, maju dan sebagainya.

Loading...


“Tapi untuk mencapai matlamat ini, mungkin ia tak sebegitu mudah. Kita perlu gandingan antara pemuda dengan idealisme mereka bersama pengalaman yang ada di kalangan orang yang sudah bekerja dan lebih berumur,” katanya menerusi sesi siaran langsung di Facebook miliknya, hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Tun Dr Mahathir berkata, orang muda berpeluang mempunyai masa depan lebih baik jika kerajaan memberikan tumpuan kepada masalah dihadapi golongan ini termasuk dalam bidang pendidikan, peluang pekerjaan dan pengangguran.

“Sementara kita mengalu-alukan peranan pemuda, kita tak boleh ketepikan pengalaman orang lebih dewasa kerana pengalaman menjadi satu pengajaran yang baik. Seperti pepatah orang barat, ‘experience is the best teacher’ yang sangat sesuai dengan keadaan dalam negara kita.

“Saya fikir orang muda berpeluang mempunyai peluang untuk masa depan. Jika kita mempunyai kerajaan yang prihatin yang memberi tumpuan kepada masalah dihadapi orang muda dengan memperbetulkan keadaan dalam bidang pendidikan, mewujudkan peluang pekerjaan untuk mengatasi pengangguran dan juga pelaburan yang boleh menambah peluang pekerjaan bagi anak muda,” katanya.

No comments

Loading...