Nurul Izzah Akan Bawa Isu Keselamatan Rumah Flat Ke Parlimen
KUALA LUMPUR - Ahli
Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan membawa isu berkaitan
keselamatan perumahan flat ke sidang Parlimen berikutan tragedi seorang remaja
lelaki meninggal dunia akibat ditimpa kerusi dipercayai dibuang dari tingkat
atas di PPR Seri Pantai.
Menurutnya, kejadian seumpamanya itu tidak boleh dipandang
enteng bagi mengelakkan tragedi serupa berlaku sekali lagi di masa akan datang.
“Saya mengucapkan takziah dengan kejadian yang menimpa
mendiang Satiswaran, dan saya akan mendapatkan semua maklumat lengkap mengenai
isu ini dengan kerjasama pihak berkuasa.
Loading...
“Bagi saya, soal keselamatan adalah penting bagi semua
orang. Ini mungkin kes melibatkan kematian pertama, ia perlu dipandang serius
oleh semua pihak kerana kita tidak mahu isu ini berulang.
“Saya akan membawa isu tentang soal keselamatan flat-flat di
bawah selenggaran DBKL ini ke parlimen pada Sidang Parlimen Mac akan datang,”
katanya kepada pemberita.
Nurul Izzah berkata demikian ketika hadir menziarahi
keluarga mendiang Satiswaran yang meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku
semalam.
Selain itu, untuk jangka masa pendek, Nurul Izzah menggesa
jaring keselamatan dipasang di bahagian bawah perumahan itu bagi mengurangkan
risiko keselamatan penduduk di situ.
- Sinar Harian
Post a Comment