Header Ads

Loading...

Nik Abduh Bidas Pemilihan Tun M Sebagai PM


SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz membidas tindakan Pakatan Harapan yang memilih Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.

Beliau mendakwa, bekas perdana menteri itu adalah punca segala masalah melanda negara pada masa kini.

“Mereka (Harapan) kata Datuk Seri Najib Tun Razak pencetus masalah negara. Katakan ia betul, tapi mengapa mereka memilih Mahathir iaitu punca segala masalah negara dulu sebagai pengganti.


Loading...

“Ini nak selesaikan masalah atau nak rayakan masalah?” soalnya menerusi laman Facebook hari ini.

Sebelum ini, Harapan memaklumkan gabungan pembangkang itu bakal mengumumkan calon perdana menteri mereka menerusi penganjuran konvensyen yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Sementara itu, Nik Mohamad Abduh turut menyelar tindakan penyokong Mahathir yang dikatakan menjadi punca kepada penglibatan semula beliau dalam arena politik tanah air.

“Pandangan saya, yang bersalah adalah 'pemuja' Mahathir. Tak rasa berdosa kah menyusahkan orang tua tu?

“Tak bolehkah kita biar dia berehat meniti hari tuanya di tikar sejadah dengan memohon keampunan dan rahmat ALLAH yang luas,” katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...