Header Ads

Loading...

Nak Nangis, Anak TPM Harap Logo Pelancongan Ditukar


KUALA LUMPUR, 30 Jan — Anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid “nak menangis” melihat rekaan logo “Visit Malaysia 2020”.

Memuat naik logo tersebut semalam, Nurulhidayah, 39 tahun, tanpa mengecam sesiapa, berharap logo itu ditukar.

“Saya tidak menentang apa-apa, tapi ini..membuatkan saya ingin menangis...kenapa?..,” soalnya.


Loading...

“Harapan saya agar pihak yang berkenaan mempertimbangkan kembali pandangan rakyat Malaysia”.

“Bukan kutuk pun, bagi pandangan untuk kebaikan bersama,” katanya lagi.

Anak sulung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut memuat naik beberapa rekaan ciptaan rakyat yang lebih kreatif di Instagramnya.

“Nie pun cute lah! Harapan saya agar pihak yang berkenaan mempertimbangkan kembali pandangan rakyat Malaysia,” katanya merujuk dua rekaan.

Logo itu dikritik ramai sejak tersebar akhir bulan ini tetapi menteri pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak bercadang untuk memindanya.

- Malay Mail Online

No comments

Loading...