Header Ads

Loading...

Najib Tak Pernah Arah Biar Pas Menang Di Kelantan


SHAH ALAM - Umno Kelantan mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang arahan daripada presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membiarkan Pas menang di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, dakwaan yang dibuat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin langsung tidak berasas.

“Presiden parti tidak memberi arahan kepada Umno Kelantan berhubung perkara ini. Oleh itu, kita menganggap ianya (dakwaan A Kadir) tidak ada,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Loading...


Menurutnya, jika partinya membiarkan Pas terus kekal sebagai kerajaan Kelantan, tidak ada guna Umno membuat pelbagai persiapan bagi menentang mana-mana parti yang akan bertanding di negeri Cik Siti Wan Kembang itu pada PRU14.

Oleh itu, dakwaan yang dibuat oleh A Kadir adalah taktik bagi mengelirukan rakyat supaya mempercayai dakwaan yang disebarkannya.

“Pakatan Harapan boleh berkata apa sahaja untuk mengelirukan rakyat. Bagi kita, kita akan berhadapan dan tentang habis-habisan Pas di Kelantan.

“Apa yang kita tahu sekarang ini, kita akan cuba mendapat mandat daripada rakyat untuk memerintah Kelantan,” tegasnya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...