Header Ads

Loading...

Najib Lawat Arab Saudi Atas Jemputan Raja Salman


KUALA LUMPUR: Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, lawatan kerja itu bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan Raja Salman ke Malaysia pada tahun lalu.


Loading...

“Rombongan Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor; ibu beliau, Tun Rahah Mohammad Noah; beberapa ahli keluarga; kenalan dan pegawai Perdana Menteri.

“Selain itu, adalah menjadi hasrat Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini,” kata kenyataan itu.
- Utusan Online

No comments

Loading...
loading...