Header Ads

Loading...

Najib Kongsi Detik Akhir Bersama Adik Nur Aliff


HARI ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memuat naik satu kicauan di akaun Twitternya dalam menzahirkan rasa sedih atas pemergian adik Mohammad Nur Aliff Omar.

Allahyarham yang berusia 18 tahun, telah menghembuskan nafas yang terakhir malam tadi akibat penyakit yang dihidapnya iaitu Duchenne Muscular Dystrophy (saraf) sejak berusia tujuh tahun lagi.


Loading...

Lapan tahun lalu iaitu pada tahun 2010, adik Nur Aliff pernah telah berkunjung ke Sri Perdana di Putrajaya untuk bertemu dengan pemimpin negara ini.

“Saya masih ingat lagi waktu Allahyarham bersarapan dengan saya, meskipun menderita Dunchenne Muscular Dystrophy, Allahyarham cukup ceria dan gembira.

“Takziah kepada keluarga, moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” tulisnya.
Pada sesi pertemuan itu, Najib dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah meluangkan masa hampir sejam bersama-sama kanak-kanak bertuah itu ketika berkunjung ke kediaman mereka ditemani ibu bapanya.

“Suka dapat jumpa Perdana Menteri,” katanya dipetik daripada keratan akhbar tersebut.

Perjalanan Allahyarham dari Miri, Sarawak itu bersama dengan ibu bapanya telah dibawa oleh Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia.

- Mynewshub

No comments

Loading...