Header Ads

Mukhriz Yang Luluskan Projek Balak - Tajudin


SIK - Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, Datuk Mohd Tajudin Abdullah mendakwa Timbalan Presiden Bersatu sebagai individu bertanggungjawab meluluskan pembalakan Hutan Simpan Bukit Enggang.

Menurutnya, pembalakan berkenaan diluluskan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika sebagai Menteri Besar dan ia dibuat tanpa pengetahuannya sebagai exco dan juga Adun Belantik ketika itu.

"Projek tu dibuat zaman Mukhriz Mahathir. Cuba kamu (wartawan) semak dengan bekas Setiausaha Politik Mukhriz, Datuk Azimi Daim.


Loading...

"Azimi dalam ceramahnya di Belantik pernah mengaku bahawa Mukhriz yang luluskan projek itu. Sepatah haram Mukhriz dan Azimi tak bagitau tentang projek itu, tapi saya yang kena balun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas isu pembalakan Hutan Simpan Bukit Enggang selepas selesai progam Gempur Pertiwi di Felda Teloi Timur hari ini.

Isu pembalakan 1000 hektar Hutan Simpan Bukit Enggang memasuki fasa baru apabila Pas Kedah hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kedah.


- Sinar Harian

No comments

Loading...