Header Ads

Mukhriz Malu Mengaku Rakyat Malaysia


BALING - Timbalan Presiden Bersatu mendakwa malu mengakui dirinya rakyat Malaysia ketika berada di luar negara selepas imej negara di mata dunia semakin tercalar.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau sedih apabila Malaysia hanya dikenali akibat salah laku pemimpin negara dan bukannya kerana kemajuan.

"Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, saya malu mengaku dari Malaysia, tapi jawab dari Brunei.


Loading...

"Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk," katanya

Beliau berkata demikian dalam progam Sarapan Pagi bersama penduduk Kampung Jernang, Mukim Bakai di sini, hari ini.

Mukhriz berkata, Pakatan Harapan akan memulihkan negara dengan salah satu agenda pentingnya ialah menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat, bukannya warga asing.



- Sinar Harian

No comments

Loading...