Header Ads

Muhyiddin Tidak Pernah Iri Hati Tun M Dipilih Calon PM


SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad bakal berdepan cabaran memulihkan dan membentuk semula ekonomi negara jika berjaya mengambil alih kerajaan  selepas PRU14.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tugas Tun Mahathir bukan kerja mudah berikutan kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan sedia ada kini, lapor Sinar Harian

“(Kerajaan sekarang) bukan sahaja wang hilang, malah institusi yang utuh selama ini turut menjadi dysfunctional atau tidak berkesan disebabkan kawalan ketat dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pimpinan tertinggi negara.

“Tambahan pula banyak orang yang diugut dan terugut dengan tindakan rakus kuasa yang dibuat oleh pihak berkenaan,” katanya menerusi ucapan ketika Majlis Pelancaran Bersatu Bahagian Setiawangsa, kelmarin.


Loading...

Di samping itu, Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri turut memaklumkan Tun Mahathir perlu mencari jalan bagi memperbetulkan perkara yang diselewengkan supaya negara dapat kembali semula ke landasan yang benar.

Beliau berkata, walaupun Tun Mahathir berdepan tugas sukar memulihkan ekonomi Malaysia, namun langkah itu perlu dilaksanakan bagi menggelakkan kerosakan negara terus berlaku.

“Ini adalah amanah, dan kita mahu menunjukkan kerajaan baru ini lebih baik,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga tidak pernah iri hati dengan pemilihan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri Harapan.

Pada Konvensyen Pakatan Harapan sebelum ini, Tun Mahathir diangkat sebagai calon perdana menteri pembangkang manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dinamakan sebagai calon timbalan perdana menteri.

No comments

Loading...