Header Ads

Loading...

Muhyiddin Berjaya Batalkan Saman Bekas Ahli BERSATU

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto: TMI

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berjaya membatalkan saman fitnah oleh bekas anggota parti itu, Mohd Anas Sudin.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dalam keputusannya berkata permohonan Mohd Anas adalah remeh dan menyakitkan hati dan tanpa tindakan yang munasabah.

Ini disahkan oleh peguam Muhyiddin, Rosli Dahlan kepada pemberita hari ini.

"Semua tuntutan fitnah dan pertuduhan yang dibuat terhadap Muhyiddin pada ketika ini adalah tidak berasas," katanya kepada pemberita.


Loading...

Hakim juga memerintahkan Mohd Anas untuk membayar kos RM5000.

Mohd Anas memfailkan saman itu pada 6 Jun tahun lalu, untuk menuntut ganti rugi RM10 juta kerana mendakwa, bekas timbalan perdana menteri itu telah mengaibkannya sehingga ada yang memanggilnya dengan gelaran ‘lalang’ dan ‘tupai’.

Beliau dalam samannya mendakwa, telah mengadakan sidang media pada 5 April tahun lalu, bagi mengumumkan 500 ahli BERSATU keluar parti disebabkan tidak berpuas hati terhadap Muhyiddin yang mengamalkan konsep kronisme dalam parti.

Berikutan daripada pengumuman oleh pihak plaintif itu, Muhyiddin telah mengeluarkan satu kenyataan di luar lobi Parlimen pada keesokkan harinya sebagai menjawab soalan yang timbul dalam sidang media pihaknya.

menurut pihak plaintif antaranya, menggambarkan beliau seorang yang tidak jujur, tidak berkelayakan dan tidak berprinsip sehingga mencetuskan kebencian umum ahli-ahli dalam BERSATU.

Mohd Anas yang adalah bekas Ketua Aktivis BERSATU Negeri Sembilan dan juga hadir berkata beliau akan berunding dengan peguamnya berhubung sama ada akan membuat rayuan.

Loading...

Sumber: Malaysiakini

No comments

Loading...