Header Ads

Loading...

Mayat Remaja Yang Hilang Dibaham Buaya Ketika Memancing Akhirnya Ditemui Dengan Tidak Cukup Sifat


5 Jan - Mayat seorang remaja yang dibaham buaya ketika sedang memancing bersama rakannya di Sungai Dit, kampung Melayu Dit, Betong Rabu lalu ditemui hari ini.

Abang Mohamad Haikal Abang Suip, 13, ditemui pada 10.45 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan dibaham buaya.

Menurut laporan, hanya badan mangsa tanpa kepala, kaki dan tangan ditemui terapung berhampiran Kampung Buda.

Loading...


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mayat mangsa dibawa ke pusat operasi sementara SAR sebelum diserahkan kepada polis dan dibantu penduduk kampung

"Mayat mangsa ditemui pasukan SAR berhampiran Kampung Buda dan dibawa ke pusat operasi sementara sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan hari ini susulan penemuan mangsa," katanya.

Kejadian yang berlaku pada pukul 5.30 petang rabu lalu itu, mangsa bersama rakannya memancing di tebing sungai berkenaan sebelum seekor buaya telah menyambar kaki kiri mangsa dan menariknya ke tengah sungai.

Rakan mangsa yang tergamam dengan kejadian itu, bergegas memaklumkan kepada keluarga sebelum polis dan bomba datang untuk menjalankan operasi SAR pada keesokan harinya.





Sumber: Harian Metro

No comments

Loading...
loading...