Header Ads

Loading...

Mangsa Ragut Peragut Dua Beradik Akhirnya Meninggal Dunia Selepas 8 Hari Koma


KOTA BHARU: Wanita mangsa ragut di Kampung Sri Rebana, Machang pada minggu lalu meninggal dunia hari ini selepas dirawat selama lapan hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.

Mangsa, Maria Erianty Zakaria, 40, menghembuskan nafas terakhir di samping keluarganya kira-kira pukul 9.22 pagi tadi, lapor Utusan Online.

Menurut suaminya, Mohd. Zairie Mohamad Zain, 48, dia redha dengan kehilangan isterinya meskipun begitu sedih dengan kejadian ini.


Loading...

“Arwah isteri sepatutnya membuat pembedahan memasukkan tiub penafasan pada bahagian leher hari ini namun tidak kesampaian.

“Jenazah isteri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Hutan Rebana, Machang pada petang ini,” katanya di sini hari ini.


“Pemergiannya amat dirasai terutama empat anak namun kami reda dengan ketentuan Ilahi,” kata suami mangsa kepada Harian Metro.

Mohd Zairie Mohamad Zain, 48, berkata isterinya sedang dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.


Dua beradik yang meragut mangsa dilaporkan positif dadah jenis methamphetamine. – Malaysian Update

No comments

Loading...