Header Ads

Mahkamah Tolak Permohonan Ubah Status Laporan Audit 1MDB


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan bekas anggota Umno Zahid MD Arip untuk mengubah status laporan audit 1MDB.
Hakim Kamaluddin Md Said berkata Azmin dan Zahid tidak mempunyai locus standi dan Azmin adalah pihak asing dalam permohonan itu.


Loading...

Kamaluddin berkata laporan 1MDB dibuat untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bukan untuk tatapan awam.

Katanya, ia untuk kegunaan PAC dan tidak tertakluk bawah Perkara 107 (1) yang menghendaki ia dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diedarkan di parlimen.

Kedua-dua permohonan itu ditolak tanpa kos.

- Malaysiakini

No comments

Loading...