Header Ads

Loading...

Mahfuz Mohon Maaf Kepada Sultan Pahang


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, malam ini memohon maaf kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina baginda.

“Saya tidak berniat untuk menghina Sultan Pahang, malah menyanjung dan menjunjung Tuanku untuk terus kekal di puncak takhta.

“Jika ungkapan saya menimbulkan kemurkaan Pemangku Raja Pahang (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah), patik dengan penuh sembah takzim memohon sembah kemaafan di atas keterlanjuran bahasa patik dan mendoakan kesejahteraan Tuanku sebagai pemerintah dan pemimpin negeri Pahang Darul Makmur,” katanya dalam satu kenyataan.


Loading...

Mahfuz didakwa menghina dan memperlekeh Sultan Ahmad Shah menerusi ceramahnya apabila membandingkan baginda dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun yang masih dipilih sebagai calon perdana menteri pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, Mahfuz menyifatkan isu yang dibangkitkan dengan menuduhnya menghina dan memperlekeh Sultan Pahang sebagai satu persoalan politik yang cetek dalam mendefinisikan soal kepemimpinan.

“Komen saya adalah berdasarkan hasrat pakatan pembangkang yang mencalonkan Dr. Mahathir sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Pada hemat saya, cadangan pakatan adalah logik dan munasabah kerana usia bukan penghalang bagi sesuatu kejayaan dan tindakan, tetapi segala nilai tangga kejayaan terletak juga kepada daya pemikiran, mental dan idealisme serta pengalaman,” katanya. 

– Berita Harian

No comments

Loading...