Header Ads

Loading...

Mahfuz Dipanggil Beri Keterangan


ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar jari ini hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bagi memberi keterangan berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menerusi video ceramah yang tular.

Video berdurasi enam minit 38 saat itu tular di Facebook sejak beberapa hari lalu.

Mahfuz tiba di Ibu Pejabat Kontinjen Alor Setar di Jalan Stadium  bersama peguamnya Mohd Fikri Abd Rahman dan beberapa penyokong pada 10.30 pagi tadi.

Mahfuz berkata beliau mendapatkan panggilan daripada pihak polis untuk membantu siasatan,  petang semalam, ketika berada di Lapangan Terbang  Antarabangsa Subang, Kuala Lumpur.


Loading...

"Hari ini, saya akan memberikan kerjasama yang 100 peratus dalam kes ini,"katanya, kepada media di luar pagar IPK, di sini, sebentar tadi, sebelum memberi keterangan  kepada pihak polis.

Mohd Fikri berkata anak guamnya akan keterangan untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

Sebelum ini, Pemuda Umno Pahang  menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap  Mahfuz kerana menghina dan menjadikan video Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenakanya ketika memberi ceramah politik.

Ketua Pemudanya Mohd Shahar Abdullah berkata tindakan itu mencerminkan kebiadapan dan kecetekan akal pemimpin pembangkang itu yang jelas tidak menghormati institusi beraja di negara ini serta melampaui batas seorang ahli politik.

Semalam, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah juga, kecewa dengan tindakan tindalan Mahfuz yang mempersendakan ayahanda baginda dengan menjadikan sebagai bahan jenaka dalam ceramah politik selain melanggar ketertiban seorang Melayu.

Baginda juga percaya kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen itu sudah dibuka oleh pihak berkuasa selepas banyak laporan polis dibuat sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak istana.

Baru-baru ini, Mahfuz dalam ceramahnya, antara lain mengulas kewajaran Tun Dr Mahathir Mohamad berusia 92 tahun dipilih sebagai calon perdana menteri dan membandingkannya dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal menjadi Sultan Pahang walaupun sedang gering.

- Sinar Harian

No comments

Loading...