Header Ads

Loading...

Mahfuz Buat Kejutan Muncul Di Konvensyen Pakatan Harapan


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilihat muncul di Konvensyen Pakatan Harapan (Harapan), hari ini.

Lebih kurang jam 2.30 petang tadi, Mahfuz yang tampak segak mengenakan persalinan rona kuning lembut berjalan masuk ke dalam dewan, diiringi tepukan dan sorakan wakil-wakil Harapan yang ada di dalam dewan.

Mahfuz ketika ditemui Sinar Online berkata, kehadirannya hanya sekadar memenuhi undangan rakan-rakan dalam arena politik.


Loading...

"Setiap konvensyen Harapan saya telah hadir, malah saya juga ada semasa persidangan meja bulat pembentukan Harapan.

"Saya antara Ahli Parlimen Pas yang hadir pada waktu itu," katanya kepada Sinar Online.

Ditanya mengenai pendirian politiknya, Mahfuz yang kelihatan ceria menambah, beliau masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti.

"Buat masa sekarang saya belum fikir lagi, masih dalam tempoh bertenang.

"Jika Parlimen bersidang dalam masa terdekat, ada kemungkinan saya akan bersidang sebagai ahli Parlimen Bebas," katanya lagi.

No comments

Loading...
loading...