Header Ads

Loading...

Logo Visit Malaysia 2020 Tak Akan Tukar, Kata Menteri


SHAH ALAM - "Tiada cadangan untuk meminda logo Visit Malaysia 2020, dan logo itu akan diguna pakai daripada sekarang hingga tahun berkenaan," demikian respons Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung kontroversi terhadap logo itu.

Mengulas lanjut,  Mohamed Nazri berkata, kritikan netizen terhadap logo berkenaan adalah perkara biasa dan ia  sama sekali  tidak akan menjejaskan kempen melawat Malaysia.

"Kecaman itu biasalah, tidak penting yang penting pelancong luar kerana ketika kita lancar logo itu di Chiang Mai (Thailand), orang luar menerima baik logo berkenaan.

"Jadi penggunaan logo ini untuk orang luar (pelancong) dan bukan untuk rakyat Malaysia, jadi saya tak ambil berat pasal pandangan mereka ini, jadi tiada sebab untuk ia ditukar," katanya kepada Sinar Online.


Loading...

Sebelum ini, logo berkenaan yang dilancarkan sempena Asean Tourism yang berlangsung baru-baru ini di Chiang Mai oleh Mohamed Nazri menerima respon negatif daripada netizen.

Antara keluhan netizen adalah mereka mendakwa logo itu tampak tidak profesional dan sangat biasa.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri menjelaskan logo berkenaan dibuat sendiri oleh kakitangan di Kementeriannya, dan ia tidak mengeluarkan sebarang kos.

"Satu sen pun kita tak keluarkan (percuma), kerana jabatan reka bentuk kita yang buat," katanya.

Kempen Melawat Malaysia 2020 mensasarkan kehadiran pelancong ke Malaysia lebih 36 juta pelancong  sekaligus mengutip dan meningkatkan pengaliran wang masuk ke dalam negara kita sebanyak RM168 bilion.

- Sinar Harian

No comments

Loading...