Header Ads

Loading...

Lepas Tangkap Khalwat, Penguatkuasa Rogol Remaja 14 Tahun


Seorang gadis bawah umur yang ditangkap khalwat, dirogol seorang penguat kuasa agama selepas memperdaya mangsa.

“Imam,” 50 tahun, berjanji menguruskan dokumen perkahwinan selepas mangsa, 14 tahun, dan pasangannya ditangkap khalwat 16 Disember lepas.

Suspek ke rumah mangsa pada 29 Disember lalu dan mengajaknya menguruskan dokumen dengan ditemani adik lelaki gadis tersebut, lapor Harian Metro.


Loading...

Mangsa diminta mendaftar masuk ke sebuah hotel di sini untuk mengisi borang nikah manakala adiknya menunggu di sebuah restoran.

“Suspek kemudian masuk ke dalam bilik hotel lalu memujuk rayu mangsa sebelum merogolnya,” kata sumber portal itu.

Suspek mengulangi perbuatannya di hotel sama pada 3 Januari lalu, sebelum aduan dibuat keluarga mangsa semalam dan tangkapan dibuat pada hari sama.

Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Ramli Din mengesahkan tangkapan. Kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

No comments

Loading...