Header Ads

Konvensyen Harapan NS Bertukar 'Panas', Anggota BERSATU Bantah Pembahagian Kerusi


Sekumpulan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia menganggu Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) Negeri Sembilan hari ini selepas mendapat peruntukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) paling sedikit berbanding parti lain dalam gabungan itu.

Menurut laporan media tempatan, HARAPAN Negeri Sembilan mengumumkan manifesto peringkat negeri dan peruntukan kerusi semasa majlis itu dan BERSATU diberikan enam kerusi DUN untuk ditandingi dari 36 kerusi DUN.

Oriental Daily melaporkan sekumpulan 30 anggota BERSATU menyuarakan bantahan ketika Presiden HARAPAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang berucap.

Kedengaran jeritan 'tidak adil' dan seruan memboikot menjadikan ucapan Wan Azizah terpaksa dipendekkan, kata laporan Oriental Daily hari ini.

Loading...


Berdasarkan laporan Sinchew Daily pula, anggota BERSATU yang tidak berpuas hati cuba merempuh pentas bagi membuat bantahan sebelum ditenangkan Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Ketika menjelaskan peruntukan kerusi kepada anggota BERSATU selepas itu, Mukhriz memahami BERSATU Negeri Sembilan mendapat peruntukan kerusi yang sedikit, tetapi katanya ia diputuskan bagi tujuan yang lebih besar.

"Beliau berjanji untuk menyampaikan rasa ketidakpuasan hati anggotanya kepada kepimpinan pusat parti itu," petik laporan tersebut.

RMenurut Oriental Daily pembahagian kerusi DUN diperuntukkan seperti berikut:

PKR (12 kerusi): Jeram Padang, Sikamat, Ampangan, Juasseh, Pilah, Labu, Rantau, Chuah, Bagan Pinang, Port Dickson, Gemas dan Sungai Lui.

DAP (11 kerusi): Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Rahang, Mambau, Senawang, Bukit Kepayang, Lukut dan Repah.

Amanah (7 kerusi): Serting, Johol, Klawang, Lenggeng, Paroi, Senaling dan Kota.

Bersatu (6 kerusi): Palong, Sri Menanti, Chembong, Gemencheh, Pertang dan Bagan Pinang.

- Malaysiakini

No comments

Loading...