Header Ads

K’jaan Kaji Undang-Undang Penyebaran Berita Palsu


KOTA BHARU- Kerajaan akan mengkaji untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran berita palsu di media sosial berikutan kesannya yang membimbangkan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah Perdana Menteri lagi, tindakan tidak bermoral itu boleh mengancam kestabilan politik dan ketenteraman awam di mana rakyat boleh terpesong seperti membenci kerajaan dan merusuh hanya kerana terpedaya dengan berita palsu.

“Bukan kita mahu kawal internet. Internet masih bebas tetapi mesti ada unsur tanggungjawab.


Loading...

“Malah, Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa setiap kali pilihan raya dengan pelbagai penyebaran berita palsu.

“Sebelum ini, kita difitnah dengan berita membawa masuk 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali,” katanya pada sidang media di sini,hari ini selepas perjumpaan bersama penjawat awam di Wisma Persekutuan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada keputusan Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mahu menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain.

Sebelum ini, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mahu memperkenalkan satu undang-undang baharu yang mengharamkan berita palsu di internet ketika kempen pilihan raya negara itu berlangsung.

- Mynewshub

No comments

Loading...