Header Ads

Loading...

KJ Ibarat Trend Drama Korea Yang Mendemamkan Rakyat


SUBANG JAYA - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti trend drama Korea yang mendemamkan rakyat, namun beliau jauh ketinggalan dalam menjuarai suara anak muda.

Presiden Kesatuan Mahasiswa Malaysia, Anis Syafiqah Md Yusof, menteri 'tall, dark and handsome' itu tidak lebih daripada hanya sekadar ilusi yang memperdaya imaginasi anak muda.

"Seperti trend drama Korea yang mendemamkan rakyat sehingga lenggok cakap, gaya rambut dan pakai seperti Korea, namun sarapannya masih nasi lemak sambal bilis.


Loading...

"Beliau membina imej yang digemari anak muda, tetapi bila kita tanyakan beliau masalah PTPTN yang menghantui graduan, peluang pekerjaan yang semakin tirus, harga rumah yang melambung tinggi, jawapan beliau tidak secanggih imejnya," katanya di Konvensyen Pemuda Harapan, di sini, hari ini.

Menurut Anis, kepimpinan muda masa kini sepatutnya boleh membuktikan kredibiliti tanpa perlu menunggu arahan daripada pihak atasan.

"Sangat tidak kena dengan jiwa pemuda jika tindak-tanduknya sentiasa dinaungi tangan-tangan pihak atasan.

"Sebolehnya Pemuda Harapan hari ini perlu membariskan 'dream team' yang menyuntik keyakinan rakyat, tak perlu membandingkan Pemuda Harapan dengan Pemuda Umno yang hari ini bergantung hayat kepada Khairy," katanya lagi.

- Sinar Harian

No comments

Loading...