Header Ads

Loading...

Khairuddin: Siapa Anina Nak Ucap Takziah Pada Pakatan Harapan?


SIAPA BUDAK HINGUSAN ANINA NAK UCAP TAKZIAH PADA PAKATAN HARAPAN?! DI MANA DIA NAK BERADA KINI ITU HAKNYA TETAPI JANGAN CAMPURI URUSAN PAKATAN HARAPAN!!

Budak ini 'merak buih' atau 'kaduk tidak pernah naik junjung' kerana diangkat terlalu tinggi dalam masa yang terlalu singkat!!

Dalam Umno Langkawi dulu bukan pegang apa-apa jawatan pun!! Sebab itu bila dilantik Ketua Serikandi PPBM dia tak tahu nak buat apa?! Pengalaman kepimpinan politik kosong!!

Kini, apabila dilucut jawatan mula 'meroyan' mencaci orang lain!! Dulu Anina lah yang kuat puji melambung Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir serta tokoh-tokoh PPBM yang lain!!


Loading...

Kini dah berubah dan berpusing 359° darjah pulak!! Dalam masa singkat boleh terus berubah!! Hairan juga dalam masa yang pendek segala-galanya berubah pada diri Anina!!

Dia berhak untuk buat andaian tetapi sama-samalah kita sabar tunggu sehingga hari pembuangan undi pada PRU14 nanti!!

Tuduhan melulu Anina membuktikan beliau tidak kenal Tun Dr Mahathir Mohamad secara mendalam!! Anina tidak kenal hati-budi Tun Dr Mahathir Mohamad!!

Beliau baru saja rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak kami tubuhkan Deklarasi Rakyat saja!! Bukan kenal lama pun!!

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan bercakap mengenai legasi kerana beliau amat mementingkan pada 'performance' seseorang itu!!

Prinsip Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan sogok duit pada sesiapapun!! Perjuangan mesti berteraskan pada pengorbanan yang ikhlas!!

Sebab itu saya hilang segala-galanya bila komited berjuang untuk tegakkan kebenaran di dalam saf perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad!!

Kalau nak duit dan pentingkan pada imbuhan material; masuklah saf perjuangan Najib Tun Razak!! Dalam sekelip mata dari susah boleh jadi kaya!!

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menipu di dalam perjuangannya!! Cuma orang yang kuat menipu saja yang tidak boleh tahan lama dengan perjuangan mantan perdana menteri ini!!

Tun Dr Mahathir Mohamad kuat berpegang pada prinsip hakikat dan hakiki!! Kalau cakap pandai tapi tak boleh bekerja maka anda berisiko akan diketepikan tanpa kira kawan ataupun anaknya sendiri!!

Realitinya, Tun Dr Mahathir Mohamad lah yang kutip Anina dan diacukan kareer politik sehingga beliau mencipta nama sepertimana hari ini tetapi malangnya kini dia gigit pulak tangan Tun Dr Mahathir Mohamad!!

Firasat saya cukup yakin sekiranya Anina masih dikekalkan sebagai Ketua Serikandi PPBM; beliau akan masih sanjung Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir sehingga hari ini!!

Janganlah kita hampiri manusia 'lidah bercabang!!' Dulu cakap lain kini cakap lain!!

Apabila terjumpa ular tedung dan manusia 'lidah bercabang' maka pukullah manusia 'lidah bercabang' itu terlebih dahulu!!

Hakikatnya, manusia 'lidah bercabang' lebih merbahaya dari seekor ular tedung!!

Kalau tidak mampu untuk berbudi; memadailah dengan kita membalas budi!!

Tetapi sekiranya kita tak mampu juga untuk membalas budi; adalah memadai dengan kita hanya mengenang budi seseorang itu!!

Anina terlalu kerdil untuk ucapkan takziah pada Pakatan Harapan pada hakikatnya!! Kalau kail sejengkal janganlah nak uji lautan gelora!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat

9 Januari 2018

* Artikel pertama kali dimuatnaik di laman Facebook Datuk Khairuddin Abu Hassan. Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysian Update.

No comments

Loading...
loading...