Kes Hina MB Terengganu: Kontraktor Wanita Direman Bantu Siasatan
KUALA TERENGGANU – Seorang kontraktor wanita berumur 45 tahun ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menerusi media sosial.
Perintah tahanan reman dibenarkankan oleh Penolong Kanan
Pendaftar Mahkamah Rendah Kuala Terengganu Noradila Abd Latif.
Loading...
Kontraktor berkenaan, yang diwakili peguam Che Muhammad
Amir, disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
kerana meninggalkan komen jelik dalam laman Facebook Gabungan Anak Terengganu
baru-baru ini.
Wanita berkenaan juga disiasat kerana membuat komen yang
tidak baik terhadap Ahmad Razif menerusi satu kumpulan peribadi WhatsApp.
Sebanyak 30 laporan polis dibuat terhadap wanita berkenaan
berikutan dua kenyataan itu.
-- BERNAMA
Post a Comment