Header Ads

Loading...

Kerajaan Hormat Keputusan Tempoh Penjara Anwar


PUTRAJAYA – Kerajaan akan hormati keputusan mahkamah dan Jabatan Penjara mengenai tempoh hukuman penjara yang dikenakan keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Tempoh sesuatu hukuman harus dihormati semua pihak,” kata Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Wan Azizah Ismail bahawa suaminya akan dibebaskan pada 11 Jun ini.

Beliau juga kata tarikh yang disebut oleh Wan Azizah itu adalah ‘tarikh yang dijangka’.


Loading...

Wan Azizah menyebut hal berkenaan dalam sebuah sidang akhbar di konvensyen wanita Pakatan Harapan di Kajang, semalam (Sabtu).

Jika benar Anwar bakal dibebaskan pada tarikh 11 Jun itu, maka dia hanya menjalani dua pertiga daripada tempoh hukuman yang ditetapkan sebelum ini.

Namun difahamkan, pembebasan pada tarikh berkenaan bergantung kepada beberapa faktor seperti berkelakuan baik dan sebagainya.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang,  banduan tidak dibenarkan bertanding pilihanraya untuk tempoh lima tahun selepas dibebaskan.

Dalam pada itu Zahid berkata jika pilihan raya dijadualkan untuk diadakan lebih awal, ianya “agak terlewat” bagi Anwar untuk ‘dinaikkan’ sebagai ketua pemimpin parti pembangkang.

“Jika ‘hari besar’ itu dibuat lebih awal, mungkin agak terlewat untuk menjadi tokoh penting negara,” kata Zahid lagi.

– Mynewshub

No comments

Loading...
loading...