Header Ads

Kenyataan Mukhriz Keterlaluan, Cadangkan Berpindah Ke Negara Lain


ARAU 28 Jan. - Tindakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang memburukkan nama negara ketika berada di luar negara termasuk malu mengaku sebagai rakyat Malaysia disifatkan cukup keterlaluan.

Dalam masa sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim turut mencadangkan agar bekas Menteri Besar Kedah itu berpindah ke mana-mana negara yang beliau selesa daripada terus memburuk-buruk negara sendiri.

Loading...


Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, tidak salah untuk Mukhriz berpolitik namun jangan sampai berlebihan sehingga hilang semangat cintakan negara sendiri.

“Kalau malu tinggal di Malaysia, dia (Mukhriz) boleh berpindah ke negara lain yang dia mahu. Kalau dilihat rakyat negara mana sekalipun mereka cukup bangga dengan negara sendiri.

“Saya berbangga jadi rakyat Malaysia walaupun dalam hidup ini ada jatuh, ada bangun. Sepatutnya kita membina negara, bukannya menghancurkan negara dengan sikap seperti itu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sembang Santai Guru-Guru Parlimen Arau di Kolej Matrikulasi di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mukhriz yang berasa malu mengaku sebagai rakyat Malaysia apabila berada di luar negara.

Anak Tun Dr. Mahathir Mohamad itu dilaporkan berkata, beliau sedih apabila Malaysia hanya dikenali akibat salah laku pemimpin negara dan bukannya kerana kemajuannya. 

- Utusan Online

No comments

Loading...