Header Ads

JMM Serah Dokumen The Malaysian Insight Bagi Siasatan BNM


KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pemilik portal The Malaysian Insight kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tujuan siasatan di bank pusat itu hari ini.

Presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya telah dipanggil secara rasmi oleh BNM supaya menyerahkan kesemua dokumen sokongan setebal 12 helai itu yang mengandungi profail syarikat dan transaksi-transaksi kewangan meragukan pemilik portal itu.

Bagaimanapun, katanya,BNM memberi jaminan untuk menjalankan siasatan dalam tempoh tujuh hari berkuatkuasa hari ini.


Loading...

“Pada mulanya, kami meminta supaya siasatan BNM hanya dilakukan untuk tiga hari, tetapi bank pusat itu telah menetapkan tempoh selama tujuh hari.

“Selepas siasatan itu selesai dijalankan, saya akan mengambil tindakan selanjutnya dengan bertemu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dengan bukti-bukti yang ada. Aduan secara dalam talian terhadap The Malaysian Insight berhubung salah laku menyiarkan artikel fitnah telah pun dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen-dokumen berkenaan di luar premis BNM di sini.

Pada 15 Disember lalu, JMM mendedahkan mengenai kemasukan wang hampir RM3 juta ke dalam akaun Inside Media Sdn. Bhd. (Inside Media).

Inside Media adalah merupakan pemilik portal The Malaysian Insight.

- Utusan Online

No comments

Loading...