Header Ads

Loading...

Janna Hadiah Ibu Kereta Mewah Sempena Hari Lahir


PELAKON Janna Nick membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah Mercedes-Benz CLA 200 yang dianggarkan bernilai lebih RM230,000.

Hadiah istimewa itu diberikan sempena ulang tahun kelahiran ibunya, Shasha yang ke-44 tahun, semalam. Kata Janna, 23, ibunya tidak pernah meminta sebarang hadiah mewah malah selalu berpesan supaya jangan membazir, lapor mynewshub.

“Saya pun tidak pernah pakai kereta mewah. Namun sebagai anak, tidak salah untuk berbelanja kepada orang yang kita sayang terutama ibu kandung sendiri yang melahir dan membesarkan saya selama ini.

“Saya percaya kalau kita mendahulukan ibu dan keluarga dalam segala hal, Allah pasti memberi rezeki yang banyak. Lagi pula tidak perlu nak kedekut dengan ibu bapa dan adik beradik sendiri.


Loading...

“Rezeki yang saya ada sekarang pun adalah hasil berkat daripada doa dan restu mereka. Jadi, tidak salah untuk saya berkongsi pula,” katanya yang dipetik portal tempatan Harian Metro.

Janna memilih kereta sebagai hadiah sempena hari jadi kerana ingin ibunya lebih yakin dan berkata: “Mak saya seorang yang kurang berkeyakinan. Jadi saya harap dengan hadiah ini dia lebih berani.

“Jauh di sudut hati seorang ibu, saya pasti dia berasa gembira dengan apa yang diterima. Saya bukannya ingin menunjuk-nunjuk atau riak, sebaliknya berkongsi kegembiraan ini dengan semua orang.

“Saya berharap ia juga boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk lebih menghargai dan membalas jasa orang tua dalam apa cara sekali pun,” kata Janna lagi.

No comments

Loading...