Header Ads

Jangan Beri Undi Semata-Mata Kerana Dia Bina Putrajaya...


KUALA LUMPUR - Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin menasihatkan rakyat Malaysia agar memberi undi kepada parti yang benar-benar layak.

Katanya, ini kerana undi yang diberi pada PRU14 nanti akan menjadi penentu kepada nasib survival anak cucu kita pada masa akan datang.

"Kita turun mengundi nanti ini untuk masa hadapan anak cucu nanti, bukan untuk diri kita bukan kerana kita taksub pada sesiapa ataupun undi kerana dia bina bangunan tertinggi, bukan undi kerana dia bina Putrajaya.


Loading...

"Kita undi pada kali ini untuk anak cucu kita, dan masa depan negara," katanya selepas ditemui dalam Program Empirical Talk di sini hari ini.

Dalam pada itu tegas, bekas ahli itu Bersatu turut mengingatkan orang Melayu bahawa mereka perlu bersatu demi survival generasi mereka yang akan datang.

"Sekarang orang Melayu dibahagi antara lima parti - Umno, Bersatu, Amanah, Pas dan PKR.

"Dari satu bangsa yang besar kita terbahagi kepada kumpulan kecil. Ini bahaya untuk bangsa. Harus memikir tentang survival bangsa Melayu (di negara ini)," katanya.


- Sinar Harian

No comments

Loading...