Header Ads

Jamal Dilapor Tak Sihat, Diserang Demam Panas


SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kini ditahan di hospital selepas mengalami demam panas.

Menurut Pegawai Khas Media beliau, Mohd Azli Jaafar, keadaan kesihatan Jamal tidak begitu baik sejak tiga hari lalu dan menerima rawatan di Hospital Ampang.


Loading...

"Mohon doakan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat Datuk Sri Jamal," katanya kepada Sinar Online.


Dalam pada itu, kongsinya lagi doa sahabat sekalian semua adalah kekuatan buatnya.
"Terima kasih buat semua doa-doa kesembuhan dan kesihatan yang baik dan mengaminkan doa. Semoga ALLAH SWT membalasnya dengan kebaikan," katanya yang dipetik menerusi perkongsian di Facebooknya.

No comments

Loading...