Header Ads

Loading...

Jakim Atur Langkah, Jantina Sajat Bakal Terbongkar


DEBARAN… Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan pihaknya kini dalam proses bagi mengesahkan jantina sebenar pengusaha kosmetik, Nur Sajat selepas pertemuan pada Selasa lalu.

Menurut Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr. Mohd Izwan Md Yusof penjelasan itu dibuat bagi menjawab persoalan orang ramai berhubung pertemuan itu.

Katanya, pihak Jakim juga bersetuju terhadap beberapa proses yang perlu dilalui Sajat untuk pengesahan identiti usahawan popular tersebut secara rasmi.
“Proses ini akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum,” tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook petang Jumaat.


Loading...

Jelasnya lagi, keputusan tersebut hanya akan diumumkan selepas segala proses berkenaan selesai dan disahkan oleh sekumpulan panel pakar kajian syariah yang diurus setia oleh Jakim.

Menerusi entri itu juga, Mohd Izwan dilihat turut menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan sebuah video yang kononnya pihak Jakim menelefon seorang individu dan memaklumkan jantina Sajat.

Sebelum ini, Jakim menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam.

Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran kecaman netizen berhubung isu jantina Sajat.

- Mynewshub

No comments

Loading...