Header Ads

Internet Murah, Lesen Motorsikal Percuma Jika Harapan Menang


SUBANG JAYA - Penggunaan internet dengan harga lebih murah dan yuran lesen motor percuma; itu janji Pemuda Harapan jika kerajaan menjadi milik Pakatan Harapan (Harapan) selepas PRU14 nanti.

Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu, Ulya Awamah Husamuddin berkata, bantuan itu diberikan kerajaan Harapan untuk membantu anak muda yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup masa kini.

"Dengan keadaan gaji rendah dan tidak meningkat, anak muda menjadi golongan yang paling tertindas dan terpinggir di negara ini.


Loading...

"Harapan akan menggandakan kelajuan internet sebanyak dua kali daripada kelajuan terkini, dengan kadar separuh daripada harga semasa," katanya ketika membentangkan 10 Tawaran Anak Muda Harapan, di sini, hari ini.

Harapan dalam masa sama turut menjanjikan capaian internet meliputi seluruh kawasan termasuk kawasan luar bandar.

Dalam masa sama, pihak Harapan turut mengesahkan akan membatalkan yuran perlesenan motorsikal bagi semua anak muda.

"Pemuda Harapan komited membela kebajikan penunggang motorsikal di negara ini.

"Laluan motorsikal dan tempat berteduh bagi motorsikal akan ditambah, termasuk lain-lain insfrastruktur yang sekian lama diabaikan kerajaan BN selama ini," katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...