Header Ads

Hormat Keputusan Yang Telah Dicapai Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan, Kata Muhyiddin


Susulan tindakan Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor memboikot konvensyen hari ini, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata mereka perlu menghormati keputusan yang telah dicapai gabungan itu.

"Ini telah dibincang di peringkat tertinggi, pimpinan tertinggi menyertai rundingan (kerusi parlimen) dan semua telah bersetuju," katanya ketika ditemui di Konvensyen HARAPAN di Shah Alam, hari ini.

Beliau maklum yang tidak semua gembira dengan banyak perkara yang dicapai dalam rundingan itu.


Loading...

"Tetapi, sebaik sahaja peringkat tertinggi membuat keputusan, anda perlu menghormatinya," katanya sambil berkata pemimpin AMANAH Johor perlu membawa perkara itu di peringkat parti mereka.

Memetik laporan Malaysiakini Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu bagaimanapun tidak mengulas sama ada kerusi yang diperuntukkan kepada AMANAH terlalu sedikit, atau sama ada parti lain mendapat terlalu banyak.


Sementara itu, Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub (gambar kiri) berkata AMANAH Johor berhak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

"Berilah mereka peluang untuk tunjukkan rasa tidak puas hati dengan bilangan kerusi (yang diperuntukkan).

"Di peringkat kebangsaan pula, kita perlu melihat gambaran besar demi HARAPAN," katanya kepada pemberita.



Salahuddin yang juga dari Johor berkata lagi, parti itu akan berunding dengan parti komponen lain untuk mendapat lebih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

"Apa yang berlaku di Johor, saya merasakan jumlahnya terlalu kecil.

"Perbincangan belum muktamad. Kita akan terus (berunding) untuk kerusi DUN. Kami akan selesaikan di peringkat pusat," katanya lagi.

Ketika ditanya berhubung kesan buruk ekoran boikot tersebut, beliau menyangkalnya dan berkata ia tidak akan menjejaskan HARAPAN. – Malaysian Update

No comments

Loading...