Header Ads

Loading...

Himpunan ‘Politik Toksik’ - Polis Siasat Dr Siti Hasmah


Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini disoal siasat polis di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur berhubung ucapannya pada himpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’di ibu negara, pada 10 September tahun lalu.
Isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu pada himpunan berkenaan memberikan ucapan ringkas di hadapan kira-kira 1,000 peserta, yang menggesa wanita supaya memainkan peranan mereka dalam menghentikan ‘politik toksik’ di negara ini.
Perhimpunan itu menyasarkan antara lain, keganasan politik, ugutan, perkauman, seksisme, ucapan kebencian serta kegagalan kerajaan memastikan keselamatan awam dan kesucian perlembagaan persekutuan.

Loading...

Selain Dr Siti Hasmah, hadir bersama adalah anaknya, Datuk Marina Mahathir, bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, Pemimpin G25, Datuk Faridah Arifin dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menjadi individu terakhir berucap sebelum berarak ke Pusat Beli Belah Sogo, Siti Hasmah menyedarkan orang ramai mengenai keperluan untuk menghentikan "politik toksik".
Siti Hasmah, 91, berkata keadaan kini semakin membimbangkan apabila seseorang mungkin dikasari kerana hanya menyuarakan pendapat.
"Sebab itu kita wanita membantah sekeras-kerasnya politik toksik sebelum toksik itu masuk ke dalam badan kita dan menjadi toksinnya, baiklah kita cegah, hentikan [...]
"So ladies, ayuh kita berjalan," katanya.
Terdahulu, Marina mencatatakan di twitter bahawa polis sedang menyoal ibunya dan menyiarkan gambar, yang menampilkan Siti Hasmah dengan kumpulan "Wanita Unggu" itu.

- Malaysiakini

No comments

Loading...