Header Ads

Harapan ‘Mengadu’ Kerana Tersepit - Najib


KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (Harapan) didakwa berada di dalam situasi ‘tersepit’ sehingga terpaksa ‘mengadu’ dengan kuasa asing untuk mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bakal dihasilkan pada PRU14 nanti.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Harapan itu bukanlah perkara luar biasa namun dianggap sebagai sesuatu yang ‘aneh’.

“Mereka (Harapan) mahu menimbulkan kontroversi dan terus mempengaruhi rakyat kononnya sistem SPR ini tidak adil.


Loading...

“Mereka tersepit dan tidak ada peluang dalam negara, jadi mereka terpaksa gunakan kuasa asing mengadu dengan harapan sebarang keputusan pada PRU14 nanti dianggap sebagai satu yang boleh dipertikaikan,” katanya.

Pada 25 Januari lalu, Pakatan Harapan yang diketuai, Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan tertinggi kepimpinan itu mengadakan pertemuan dengan kontinjen duta Kesatuan Eropah (EU).

Semasa pertemuan selama dua jam itu, EU disertai 14 duta dan tiga Kuasa Usaha Tetap di kediaman Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez.

Media melaporkan pada pertemuan tersebut Pakatan Harapan menggesa negara-negara Eropah memohon kepada kerajaan Malaysia untuk membenarkan pemantau pilihan raya antarabangsa dihantar untuk PRU14.

Pada masa sama, Najib mempertikaikan tindakan Mahathir yang mengetuai pertemuan tersebut sedangkan sistem yang digunapakai SPR itulah yang mengangkatnya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

“Sistem inilah yang telah melantik beliau (Mahathir) selama 22 tahun sebagai perdana menteri. Malah sistem kita hari ini telah di perkukuhkan menjadi lebih ‘transparent’ dan telus daripada sebelumnya dan tidak ada peluang untuk tipu undi.

“Soalnya kenapa dalam tempoh 22 tahun lalu beliau tidak pertikai sistem SPR pada masa itu yang mana  sama dengan yang kita amalkan sampai hari,” katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...