Header Ads

Loading...

Harapan Akan Buat Pengumuman Penting Petang Ini: Saifuddin


SHAH ALAM - “Tunggu pengumuman penting saya nanti”, demikian menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah ketika disapa Sinar Online sebelum bermulanya konvensyen Pakatan Harapan hari ini.

Adakah pengumuman itu nanti berkait rapat dengan calon perdana menteri yang selama ini dinanti-nantikan ramai pihak?

Pakatan Harapan sebelum ini masih berteka-teki siapakan calon perdana menteri yang memegang tampuk kerajaan jika menang pada PRU14 akan  datang.

Loading...

Semalam, Ketua Wanita Harapan, Zuraida Kamaruddin berkata, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

“Bukan sebab umur (Mahathir). Dia sudah ada rekod sebagai negarawan sebagai bekas Perdana Menteri takkan kita nak naikkan dia sebagai Perdana Menteri lagi. Lebih wajar beliau jadi Menteri sahaja,” katanya.

Sementara itu, nama yang disebut-sebut sebagai calon perdana menteri adalah Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifuddin dalam ucapan alu-aluannya berkata, Harapan hari ini merupakan gabungan pembangkang yang betul-betul serius dalam sejarah Malaysia.

- Sinar Harian

No comments

Loading...