Header Ads

Loading...

[Foto] Sultan Ibrahim Hadir Acara Thaipusam Walau Cedera


Meskipun mengalami kecederaan pada tangan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tetap hadir bersama rakyat yang menyambut Thaipusam hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim di perkarangan khemah Kuil Sri Subramaniar di Tampoi, Johor Bahru disambut exco negeri, R. Vidyananthan, lapor Malaysiakini.


Loading...

Hadir sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim dilaporkan mengalami kecederaan di tangan kanan akibat melecur ketika menyediakan makanan untuk paduka-paduka anakanda di Istana pada Ahad lalu.

Semalam baginda menzahirkan rasa dukacita kerana tidak dapat bersalaman dengan orang ramai.


Bagaimanapun, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim hari ini disambut meriah oleh orang ramai yang melaungakan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh.

Sebelum berangkat pulang, baginda sempat berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari dan turut meluangkan masa beramah-mesra dengan orang ramai.








No comments

Loading...