Header Ads

Duta-Duta Kesatuan Eropah Digesa Beri Tekanan Pada Najib


PASIR MAS - Duta-duta Kesatuan Eropah digesa supaya memberikan tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan PRU14 secara bersih dan adil tanpa sebarang penipuan.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Mohamad Sabu berkata, walaupun mereka tidak boleh campur tangan dalam urusan negara ini tetapi tekanan boleh diberikan berhubung perkara itu, lapor Sinar Harian.

"Permohonan ini kerana ramai yang beranggapan PRU14 merupakan ibu kepada segala pilihan raya," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Bilik Operasi Pakatan Harapan Dun Pengkalan Pasir, di sini semalam.


Loading...

Beliau berkata demikian selepas mengulas pertemuan antara pimpinan Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad bersama 16 duta negara-negara Kesatuan Eropah di Kuala Lumpur, pagi kelmarin.

Menurutnya, pertemuan bersama duta Kesatuan Eropah itu berlangsung selama dua jam dan pertemuan itu diisi dengan sesi dialog.

Mohamad yang juga merupakan Presiden Amanah berkata, pertemuan itu memberi isyarat bahawa mereka yakin Pakatan Harapan mampu membentuk kerajaan persekutuan pada PRU14 itu nanti.

Katanya, pertemuan secara berkumpulan seumpama itu tidak pernah berlaku dalam pilihan raya sebelum ini.

"Selalunya mereka akan jumpa presiden parti atau setiausaha, ini berlainan (secara berasingan).

"Saya lihat daripada isyarat itu, mereka nampak bahawa PRU14 nanti kerajaan akan bertukar tangan," katanya.

No comments

Loading...