Header Ads

Dulu Caci, Sekarang Namakan Tun M Sebagai PM


SHAH ALAM - Wanita BN menyindir tindakan Pakatan Harapan (Harapan) melantik bekas Presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri pakatan tersebut.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri, hampir setiap hari blok pembangkang mencaci dan menghina kepimpinannya, selain mengatakan beliau pemusnah demokrasi serta penindas rakyat.

"Yang anehnya, sepanjang 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri mewakili Barisan Nasional, hampir setiap hari pemimpin pembangkang, terutama DAP dan PKR mencaci dan menghina kepimpinan Tun Mahathir yang mereka katakan memusnahkan demokrasi serta menindas rakyat.


Loading...

"Kini, Pakatan Harapan seolah-olah lupa tuduhan, kebencian dan penghinaan mereka terhadap Tun Mahathir sehingga sanggup menamakan Tun Mahathir selaku Pengerusi Bersatu, sebuah parti yang baru sahaja ditubuhkan sebagai Perdana Menteri demi memanipulasi emosi dan fikiran rakyat dalam memenangi PRU14," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh itu, sayap tersebut meminta rakyat khususnya generasi muda, supaya bijak memperterjemah permainan politik Pakatan Harapan (Harapan) yang rakus membuat strategi demi memenangi pilihan raya umum akan datang, demi kepentingan peribadi pemimpinnya.

Menurutnya, BN konsisten membela isu rakyat dan agenda pembangunan negara bagi memastikan Malaysia sentiasa dalam keadaan stabil, aman dan sejahtera.

"Dalam pada itu, hari ini (semalam) saya telah mempengerusikan mesyuarat Wanita BN yang membincangkan beberapa isu tentang persiapan menuju PRU14.

"Wanita BN bersiap sedia bersama barisan jentera parti komponen untuk menjalankan tugas demi mengekalkan kemenangan BN pada PRU14 ini," ujarnya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...