Header Ads

Dr Mahathir Seperti Zaman PM Ketika Bertemu Diplomat Kesatuan Eropah


Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan sekumpulan diplomat Kesatuan Eropah (EU) delegasi di kediaman Duta EU ke Malaysia Maria Castillo Fernandes.

Delegasi pimpinan Pakatan Harapan itu turut disambut oleh 14 Duta dan tiga Charge de Affairs negara-negara EU.

Ahli Majlis Pimpinan Tertingi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin berkata, walaupun Dr Mahathir bukan lagi menjadi perdana menteri hanya sekadar calon perdana menteri namun sambutan terhadap kehadiran beliau suasananya tetap sama.

“Seperti dulu-dulu apabila berjumpa Dr Mahathir adalah peristiwa penting bagi para diplomat asing di Malaysia.

Loading...


“Walaupun beliau bukan perdana menteri lagi, tetapi sekadar calon perdana menteri, namun suasananya tetap sama,” tulis bekas ketua pengarang New Straits Times itu di Facebooknya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pakatan Harapan Mohamad Sabu yang menyertai delegasi Pakatan Harapan semalam berkata, antara butiran dibincangkan kedua pihak mengenai peri pentingnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dijalan secara bebas dan adil.


Mohamad berkata, PH juga menggesa negara-negara Eropah memohon kepada kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menghantar pemantau pilihan raya antarabangsa.

Menurut Mohamad, daripada pengalamannya bersama pembangkang sebelum ini belum pernah pertemuan seumpama ini berlaku menjelang pilihan raya.

“Kebiasaannya, duta negara Eropah bertemu dengan kita melalui parti masing-masing. Biasanya hanya presiden dan setiausaha dijemput.

“Tetapi kali ini kami dijemput sebagai PH. Mungkin ini isyarat mereka nampak yang PRU14 kerajaan di Malaysia akan bertukar tangan,” katanya kepada The Malaysian Insight.



- Malaysian Review

No comments

Loading...